Friday, February 13, 2009

Penubuhan Majlis Gabungan NGO Islam (CONCERN)

Majlis Gabungan NGO Islam telah membentuk Jawatankuasa Penaja bagi sesi 2008/2010 pada 12 Jun 2008 di Masjid Negeri Sabah yang terdiri daripada Pengerusi, Hj. Sainuri Yahmin (WADAH), Timbalan Pengerusi, Hj. Khairan Untoh (Yayasan Amal Malaysia), Setiausaha, Yang Dipertua ABIM Sabah, Sdr. Muddin Beting, Penolong Setiausaha, Sdr. Marsus Jabar (JIM) dan Bendahari, Hj. Adnan Puteh (Persatuan Peguam Muslim Sabah).
Majlis Gabungan NGO Islam dianggotai oleh 15 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Yayasan Amal, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Peguam Muslim Sabah (PPMS), Sahabat Teratak Fitrah (SAHABAT), Persatuan Siswazah Sabah (PSS), Persatuan Graduan Iranun Sabah (PAGISA), Persatuan Sama Sabah, Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS), Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Leluhur Melayu Bugis Sabah (KECAPI), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia.
Gabungan NGOs Islam Sabah telah dibentuk pada Julai 2006 berikutan isu-isu semasa umat Islam terutama isu yang berkaitan kes murtad. Sejak 2006, Gabungan ini dipengerusikan oleh Sdr. Muddin Beting, Yang Dipertua ABIM Sabah sehinggalah penubuhan Majlis Gabungan NGO Islam Sabah (CONCERN).

No comments:

Post a Comment